Saturday, January 31, 2009

SAJAK BUAT SAHABAT


Sahabat . . .
Kugumamkan kidung asa buat kita
Kubisikkan gending do’a buat semua
Buat aku . . . buat kamu . . . buat dia . . . buat semua
Semoga kita tetap terjaga
Menjaga tali ukhuwah
Menjaga tali persahabatan
Semoga abadi

Saturday, January 17, 2009

DARI HATI


Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.
Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.
Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas. Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif.
Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.

Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu. Alangkah orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar.

Anda disarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur. Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.

Monday, January 12, 2009

ERTI "SABAR"


Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah

Saturday, January 10, 2009

A GOOD RELATIONSHIP


I BELIEVE THERE ARE NINE THINGS IN A GOOD RELATIONSHIP.

  • RESPECT,

  • FRIENDSHIP,

  • GOOD SENSE OF HUMOR,

  • LISTENING EAR,

  • HONESTY,

  • TRUST,

  • PASSION,

  • ROMANCE,

  • CARING .

JEJAK KASIH.

Kawan kita Salwati Shuib ingin menjejaki kawan-kawan kita yang ini.
  1. Saniah (budak Gemas),
  2. Rosnani Mohamad(Muar),
  3. Rosmawati Sahari(Melaka),
  4. Eton Jaafar(Seremban).

Sapa2 yg tau di mana gerangan mereka ini, silalah beritau.

( Empat pragawati dalam gambar di atas bukan lah meraka yang dimaksudkan. Mereka dalam gambar ini lah pernah menjadi Ratu MPMK suatu ketika dahulu.... hehhehehe.)
Yang itu ialah Pipah,Tie, Ayun & Win)

Tq

Monday, January 5, 2009

KAWAN-KAWAN YANG DIKESAN DAH MASUK BLOG INI


Anda boleh meninggalkan pesanan atau apa-apa cadangan di dalam blog ini untuk tantapan kawan-kawan lain. Alamat serta no tel pun boleh bagi juga. kot2 kawan nak pi cari. Caranya hanya clik pada ruangan di sebelah kanan blog cari ruang cadangan atau makluman apa saja dan klik link kat bawah tu. Masuk jer anda boleh lah tinggalkan pesanan anda. Kat ruangan comment dibawah tu anda leh lihat senarai nama depa.

Sunday, January 4, 2009

MENGESAN KEHADIRAN KAWAN





Dear all my friends.


Apabila anda melewati blog ini. sila tinggalkan messenge anda. Ini kerana barulah saya dapat mengesan siapa yang telah masuk menjenguk disini.Jangan biarkan saya hanya syok sendiri dengan blog ini. Bagilah kita syok sama-sama.

LAGU MAKTAB VER. 2009

Sumbangan lagu bukan menyumbangkan lagu....

Di bawah satu bumbung......(Mr Ong tgk pasti akan bangga). Sapa tau kat mana dah org tua tu...