Friday, February 20, 2009

KENAPA AKU PENAT BERKERJA


Kenapa aku penat bekerja??!!
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup,
akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason)
Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 jutadarinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3juta orang.
1.3 jutapula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.Dari 20 juta ini, 7 jutamasih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 jutaorang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera> darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau> hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat> 1,084,486orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat .

No comments:

Post a Comment